Justeru itu, undang-undang Syariah ini jelas meliputi seluruh kehidupan kita manusia iaitu dalam bidang Ibadah, Muamalat (urusan perniagaan), Munakahat (urusan perkahwinan), Wasiat dan Perwarisan, Jenayah, Pemerintahan, Perhubungan manusia dan lain-lain lagi. Allah S.w.t menetapkan undang-undang ini untuk menjaga Maqasid Al-Syariah (maksud-maksud Syariah) itu sendiri iaitu lima (5) perkara yang sangat penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan umat manusia seperti :-
1) Menjaga Agama
2) Menjaga Nyawa
3) Menjaga Akal
4) Menjaga Keturunan
5) Menjaga Harta
Sebelum 1988, semua perkara berkaitan adalah boleh juga dibicarakan di bawah bidang kuasa Undang-undang Sivil dan selalunya memberikan satu keputusan yang bercanggah kerana penghakiman tersebut dibuat berdasarkan undang-undang sivil. Perkara 121 (1A) antara lain menyebut: “Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal 1 {Perkara 121 (1) iaitu Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Sabah dan Sarawak} tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah”
Dengan pindaan tersebut, maka perkara-perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasanya sendiri dan hak eksklusif yang diberikan tersebut tidak memungkinkan Mahkamah Sivil campur tangan. Enakmen-enakmen Negeri di Malaysia telah menentukan perkara-perkara berikut menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah sepenuhnya, iaitu :-
1. PERKARA-PERKARA MAL (SIVIL) MAHKAMAH SYARIAH
a) Pertunangan, nikah cerai, membatalkan nikah atau perceraian atau pembubaran nikah kehakiman.
b) Tuntutan ke atas hartabenda atau pemberian harta benda yang berbangkit daripada perkara (a) di atas.
c) Nafkah orang-orang di bawah tanggungan, anak yang sah, penjagaan atau pemeliharaan anak-anak.
d) Pemberian inter-vivos, harta sepencarian, wakaf atau nazar
e) Perkara lain yang diberi kuasa tadbir kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berkanun.

2. PERKARA-PERKARA JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH
a) Kesalahan-kesalahan matrimoni seperti menganiaya isteri dan tidak taat kepada suami.
b) Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan hubungan tidah sah di sisi syarak seperti persetubuhan haram, sumbang mahram pelacuran dan khalwat
c) Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan aspek ibadah dan iman seperti tidak sembahyang Jumaat, tidak berpuasa dan tidak membayar zakat dan fitrah
d) Kesalahan-kesalahan menjual dan membeli minuman keras
e) Kesalahan berhubung dengan pertukaran agama iaitu tidak melaporkan, mendaftar masuk atau keluar dari agama Islam dan kesalahan berkaitan pengambilan anak angkat.
f) Lain-lain jenis kesalahan selain daripada kategori di atas.
Kesimpulannya, jika dilihat dari segi perlaksanaan perundangan Syariah di Malaysia, boleh dikatakan bahawa perlaksanaannya masih terbatas dan belum menyeluruh. Kesalahan-kesalahan yang disifatkan sebagai dosa besar dan/atau maksiat di sisi syarak seperti meminum arak, terlibat dalam persetubuhan haram seperti zina dan pelacuran dan sebagainya diberikan hukuman yang ringan dan tidak memadai. Perkara-perkara bejat dan tidak bermoral yang berlaku dikalangan orang-orang Islam perlu dibendung mengikut perundangan Syariah yang sebenarnya, sesuai dengan statusnya sebagai perundangan yang bersifat fitrah dan maha adil, juga untuk memastikan orang-orang Islam tunduk dan patuh hanya kepada Yang Maha Pencipta. Mahkamah-mahkamah Syariah di seluruh negara juga berdepan dengan isu perlaksanaan kuasa yang tidak selaras dan seragam.

No comments:
Post a Comment